Jelas terbukti dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, BN dan UMNO sudah tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, khususnya orang melayu. Rakyat dah mula bosan dengan gelagat dan stail orang BN khususnya UMNO berkempen untuk satu-satu pilihanraya sama ada yang kecil atau umum, sama sahaja sejak 50 tahun yang lalu.
Semasa pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil berpusu-pusulah pemimpin umno datang, yang datang bukan untuk berkempen, tapi sekadar bersantai-santai megah dapat melancung dengan percuma. Dari setiap pelusuk UMNO Bahagian, ramai wakil yang dihantar, nak tolong konon, tapi realitinya mereka datang untuk mengabiskan cuti dan bersantai-santai mengabiskan duit rakyat. Itu kerja pemimpin UMNO bila pergi ke Kuala Terengganu, dan wanita yang pergi berbangga balik membawa tudung murah 5 sen sehelai.
Pemimpin BN dan UMNO melaungkan berbagai peruntukan di Kuala Terengganu, tapi yang dapat faedahnya ialah kroni-kroni dari kalangan kontraktor kelas F, rakyat akar umbi hanya menggigit jari sahaja. Banyak lagi kalau nak diceritakan yang segala-galanya menjurus kepada kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.
Wajarlah BN dan UMNO kalah dan terus kalah, kerana pemimpin BN dan UMNO yang bongkak dan sombong menghadapi rakyat akar umbi, datang dengan kereta besar, berpakaian mahal dan mewah, berlagak bahawa aku berkuasa.
Sedarlah wahai pemimpin BN dan UMNO, dudukmu di atas sana adalah kerana rakyat, berbaktilah kerana rakyat atau bersiap sedialah untuk duduk di kerusi pembangkang selepas pilihanraya umum akan datang, sebagaimana yang berlaku kepada menteri-menteri besar dan ketua menteri di lima buah negeri yang diteraju oleh PR sekarang.
Untuk BN dan UMNO terus releven, UMNO diperingkat akar umbi harus diperbaiki, pemimpin yang rasuah hendaklah di campakkan, wakil rakyat yang hanya mementingkan diri, dan haloba mestilah diingatkan selalu, dan yang penting sekali hapuskan puak-puak dalam UMNO. Hentikan sikap buli membuli sesama ahli parti selepas pemilihan baik di cawangan, bahagian mahu juga majlis tertinggi. Yang menang jangan pinggirkan yang kalah dan harus bersatu semula. Kekalahan di Parlimen Kuala Terengganu sebenarnya berpunca dari perpecahan ahli UMNO Bahagian Kuala Terengganu selepas Alahyarham Dato' Razali tewas dalam pertandingan merebut Naib Ketua dalam pemilihan UMNO Bahagian itu baru lalu.
hamid
SALAM MAAL HJIRAH 1431H (18.12.2009-KHAMIS)
14 years ago
No comments:
Post a Comment