UMNO Jelebu perlu kepimpinan baru, "zaman beredar pesako bergelir" perlu dizahirkan dalam mencari kepimpinan baru UMNO Jelebu. Dato' Rais tidak releven lagi untuk meminpin UMNO Jelebu. UMNO Jelebu perlukan seorang pemimpin yang lebih terbuka dalam kepimpinan, bukan seorang ketua yang bersikap seperti kuku besi dalam pentadbirannya. UMNO Jelebu kaku di zaman kepimpinan Rais, sejak UMNO Jelebu di bawah kepimpinannya, tiada langsung tampak perpaduannya, lesu dan tidak bermaya dalam menjalankan aktiviti untuk menarik lebih ramai lagi orang melayu Jelebu untuk bersama dengan UMNO, khususnya orang muda. Pemuda UMNO Jelebu dibawa untuk bermusuh, wanita UMNO Jelebu dicop sebagai tidak membantu semasa pilihanraya ke 12 yang lalu. Puteri UMNO Jelebu disisihkan. Program parti langsung tiada, yang ada hanyalah program KEKWA semasa beliau menjadi menterinya. Beliau hanya mendengar pandangan segelintir kuncu-kuncunya.
UMNO Jelebu bagaikan dimiliki oleh segelintir kuncu-kuncunya, yang memutuskan apa yang mereka hendak buat sesuka hati. Mesyuarat AJK UMNO Jelebu tidak lebih daripada satu taklimat yang telah mereka putuskan untuk kepentingan politik peribadi beliau dan kuncu-kuncunya yang melahap segala laba serakah membuncit perut sendiri. Kewangan parti tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat, dengan mendabek dada bahawa dialah yang terbijak mencari wang parti.
Semasa dalam KEKWA, ke hulu-ke hilir melaungkan "budi bahasa budaya kita" tapi cakap tak serupa bikin. Ketua-ketua UMNO Cawangan yang bertungkus lumus memenangkan beliau semasa pilihanraya ke 12 tak pernah diucapkan terima kasih. Ketua-ketua UMNO Cawangan tidak pernah di bawa berunding dalam setiap peruntukan parlimennya. Dia dan kuncu-kuncunya rakus memutuskan apa yang hendak mereka buat demi keuntungan nafsu serakah sehinggakan sanggup menceroboh tanah perkuburan di Cawangan Sungai Lui.
Wahai Ahli UMNO Jelebu yang bijaksana, Rais mesti kita gantikan dengan pemimpin yang baru, yang lebih komited dengan ahli dan rakyat. Dato' Yunus bin Rahmat, sekarang Timbalan UMNO Bahagian Jelebu adalah pemimpin yang paling releven untuk menggantikan Dato' Seri Rais. Dato' Yunus adalah pemimpin yang sentiasa merapatkan diri dengan rakyat, khususnya ahli UMNO. Sebagai seorang EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dalam pertanian, asas tani, usahawan dan koperasi sudah pasti banyak membantu kepentingan dan keperluan rakyat khususnya ahli parti. Walhal, Dato' Rais sebagai Menteri Luar, sudah pasti pengurusan UMNO Jelebu tidak dapat dilakukan dengan sempurna, setiap perkara hal parti hanya akan diuruskan oleh kuncu-kuncunya yang tamak haloba serakah untuk mengambil kesempatan memuaskan nafsu iblisnya. Dato' Rais sentiasa sibuk di luar negara, justeru itu pengurusan parti dibiarkan kepada Setiausaha Politiknya, bendaharinya dan setiausahanya untuk memutuskan, sebagaimana yang berlaku sekarang, banyak program parti tidak dapat dijalankan dan tidak mendapat sambutan.
Wahai ahli UMNO Jelebu, fikirkanlah semasak-masaknya demi kepentingan dan kerelevenan UMNO bagi menghadapi 2013 nanti.
Terima kasih
SALAM MAAL HJIRAH 1431H (18.12.2009-KHAMIS)
14 years ago
No comments:
Post a Comment