Friday, July 18, 2008

Perubahan fikiran

Perubahan pemikiran amat penting dalam usaha mencapai satu-satu kejayaan. Kita wajar merubah fikiran kita ke arah yang lebih positif, menjana pemikiran hendaklah bersesuaian mengikut globalisasi.

Kejayaan dan kecemerlangan satu-satu organisasi amat memerlukan perubahan yang mendadak dalam pemikiran individu yang mendokong organisasi tersebut. Tindakan merubah pemikiran yang luar biasa perlu dilakukan demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Sekolah adalah satu organisasi penghasilan ilmu kepada setiap individu yang mendokongnya. Dalam menjana kecemerlangan sesebuah sekolah perubahan pemikiran luar biasa pentadbirannya, guru-gurunya, pelajar-pelajarnya, ibubapa, masyarakat perlu dilakukan semendadak mungkin, sebagai biasa murid belajar 5 hingga 6 jam sehari, gandaan belajar wajar 3 kali ganda dari kadar biasa. Begitu juga pendokong-pendokong yang lain, keluaran biasaan usaha perlu dilakukan, gandaan tugasan dan usaha perlu juga 3 kali dari kadar biasa.

Thursday, July 17, 2008

SMART

Dalam apa saja tugas dan pekerjaan yang kita buat, we must be "SMART". SMART dalam kita membuat perancangan, SMART dalam melaksanakan, SMART dalam penghasilannya. If we want to be SMART we must be;

S - Sanggup - sanggup buat apa sahaja demi mencapai kecemerlangan.

M - Menerima - menerima segala pandangan, nasihat, tunjukajar dan teguran dengan positif.

A - Amanah - amanah dalam kepercayaan yang diberikan.

R - Risiko - risiko yang dilalui dijadikan cabaran ke arah kecemerlangan.

T - Tanggungjawab - bertanggungjawab setiap apa yang dipertanggungkan.

Lima jenis anak zaman ini

Zaman ini ragam anak-anak amat berbeza daripada anak-anak zaman dulu, kalau diamat-amati ,anak-anak zaman sekarang terbahagi kepada lima jenis kategori dalam layanannya kepada ibu dan ayah, dalam hormatnya kepada ibu dan ayah.

Pertama - Anak Tekak
Adalah anak yang hanya mementingkan tekak dia sahaja, dia tidak langsung memikirkan kesusahan ibu dan ayahnya, dia tidak langsung ambil pusing makan minum ibu dan ayahnya, yang penting tekaknya puas, selera syaitannya serakah.

Kedua - Anak tangga
Adalah anak yang terus bergantung kepada ibu dan ayahnya, tidak langsung ingin berusaha mencari kepunyaan sendiri. segala-segalanya mengharapkan tanggungan ibu dan ayah.

Ketiga - Anak panah
Adalah anak yang telah keluar dari tanggungan ibu dan ayah, telah ada pencarian sendiri, telah ada kepunyaan sendiri, tidak langsung pandang belakang, langsung menghilang dan tidak mempedulikan apa yang berlaku kepada ibu dan ayahnya.

Keempat - Anakku Sazali
Adalah anak yang terlalu dimanjakan, dan boleh buat apa saja yang dia mahu, dan akhirnya hilang hormat serta kasih dan sayang kepada ibu dan bapa, setalah hajatnya tidak dapat dipenuhi.

Kelima - Anak pisang
Adalah anak yang sentiasa melindungi ibu dan ayahnya, sentiasa disisi ibu dan ayah dalam sebarang situasi. Walau ke mana saja dipindahkan ia tetap tidak akan berubah.


Renung-renungkan, dan jenis apakah anak-anak kita?

Tuesday, July 15, 2008

UMNO Jelebu perlu kepimpinan baru

UMNO Jelebu perlu kepimpinan baru, "zaman beredar pesako bergelir" perlu dizahirkan dalam mencari kepimpinan baru UMNO Jelebu. Dato' Rais tidak releven lagi untuk meminpin UMNO Jelebu. UMNO Jelebu perlukan seorang pemimpin yang lebih terbuka dalam kepimpinan, bukan seorang ketua yang bersikap seperti kuku besi dalam pentadbirannya. UMNO Jelebu kaku di zaman kepimpinan Rais, sejak UMNO Jelebu di bawah kepimpinannya, tiada langsung tampak perpaduannya, lesu dan tidak bermaya dalam menjalankan aktiviti untuk menarik lebih ramai lagi orang melayu Jelebu untuk bersama dengan UMNO, khususnya orang muda. Pemuda UMNO Jelebu dibawa untuk bermusuh, wanita UMNO Jelebu dicop sebagai tidak membantu semasa pilihanraya ke 12 yang lalu. Puteri UMNO Jelebu disisihkan. Program parti langsung tiada, yang ada hanyalah program KEKWA semasa beliau menjadi menterinya. Beliau hanya mendengar pandangan segelintir kuncu-kuncunya.

UMNO Jelebu bagaikan dimiliki oleh segelintir kuncu-kuncunya, yang memutuskan apa yang mereka hendak buat sesuka hati. Mesyuarat AJK UMNO Jelebu tidak lebih daripada satu taklimat yang telah mereka putuskan untuk kepentingan politik peribadi beliau dan kuncu-kuncunya yang melahap segala laba serakah membuncit perut sendiri. Kewangan parti tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat, dengan mendabek dada bahawa dialah yang terbijak mencari wang parti.

Semasa dalam KEKWA, ke hulu-ke hilir melaungkan "budi bahasa budaya kita" tapi cakap tak serupa bikin. Ketua-ketua UMNO Cawangan yang bertungkus lumus memenangkan beliau semasa pilihanraya ke 12 tak pernah diucapkan terima kasih. Ketua-ketua UMNO Cawangan tidak pernah di bawa berunding dalam setiap peruntukan parlimennya. Dia dan kuncu-kuncunya rakus memutuskan apa yang hendak mereka buat demi keuntungan nafsu serakah sehinggakan sanggup menceroboh tanah perkuburan di Cawangan Sungai Lui.

Wahai Ahli UMNO Jelebu yang bijaksana, Rais mesti kita gantikan dengan pemimpin yang baru, yang lebih komited dengan ahli dan rakyat. Dato' Yunus bin Rahmat, sekarang Timbalan UMNO Bahagian Jelebu adalah pemimpin yang paling releven untuk menggantikan Dato' Seri Rais. Dato' Yunus adalah pemimpin yang sentiasa merapatkan diri dengan rakyat, khususnya ahli UMNO. Sebagai seorang EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dalam pertanian, asas tani, usahawan dan koperasi sudah pasti banyak membantu kepentingan dan keperluan rakyat khususnya ahli parti. Walhal, Dato' Rais sebagai Menteri Luar, sudah pasti pengurusan UMNO Jelebu tidak dapat dilakukan dengan sempurna, setiap perkara hal parti hanya akan diuruskan oleh kuncu-kuncunya yang tamak haloba serakah untuk mengambil kesempatan memuaskan nafsu iblisnya. Dato' Rais sentiasa sibuk di luar negara, justeru itu pengurusan parti dibiarkan kepada Setiausaha Politiknya, bendaharinya dan setiausahanya untuk memutuskan, sebagaimana yang berlaku sekarang, banyak program parti tidak dapat dijalankan dan tidak mendapat sambutan.

Wahai ahli UMNO Jelebu, fikirkanlah semasak-masaknya demi kepentingan dan kerelevenan UMNO bagi menghadapi 2013 nanti.

Terima kasih

Monday, July 14, 2008

Double standard

Sekolah-sekolah kawasan Felda menghadapi masalah "double standard" yang sangat menggerunkan dalam mendidik anak-anak terutama sekali yang masih dalam dunia persekolahan. Apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah bagaikan tidak bermakna langsung bila anak-anak balik ke rumah. Perlu diingat anak-anak hanya berada di sekolah dalam wajaran waktu 5-8 jam, dan waktu selebihnya anak-anak berada di rumah.

Di sekolah anak-anak diajar pelbagai subjek baik rohani mau juga jasmani dalam membentuk kearah hidup yang lebih baik hati dan cemerlang, berpandukan nilai-nilai murni dalam setiap matapelajaran. Apa yang berlaku di rumah melalui bimbingan ibu dan bapa, segala apa yang di ajar di sekolah tidak di praktikkan dirumah, dan pemasalahan sosial anak-anak felda terserlah dengan pelbagai masalah................renung-renungkan.

Kelas Kabus

Sekolah Kebangsaan Serting 3 (f) telah menjalankan program kelas kabus, yang banyak membantu kecemerlangan pelajar tahun 6 dalam persediaan menghadapi UPSR, kejayaan ini terbukti dalam pencapaian 5A, di mana seramai 18 orang pelajarnya mendapat 5A pada tahun 2007.

Dalam kelas kabus ini, pelajar tahun 6 akan hadir ke sekolah se awal pagi untuk memulakan latihan dan ulangkaji yang dibimbing oleh guru.

Pada tahun 20o8 Sekolah Kebangsaan serting 3 (f) mensasarkan seramai 40 orang pelajar mendapat 5A.

:: PESANAN DAN HARAPAN UNTUK STAFF SKS3F ::

  • Beriman
  • Berilmu
  • Menjalankan tugas dengan dedikasi ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang
  • Amanah
  • Jujur
  • Ikhlas
  • Baik hati
  • Penyayang
  • Komited

:: SK Serting 3 (F) ::

Sebuah sekolah terkenal di daerah Jempol. Mempunyai 39 orang guru yang berpotensi besar, kreatif dan tekun dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 10 orang pekerja yang mampu bekerja tanpa kawalan.

Kecemerlangannya tahun demi tahun. Kecemerlangannya mengatasi bilangan murid 5A di Luak Lui. Semoga guru-guru, murid-murid dan ibu bapa bersama-sama mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak Felda.

Terima kasih buat semua yang berkorban untuk kecemerlangan murid-murid SK Serting 3 (F).

:: PEMBUKA KATA ::

Tarikh web dibina : 15 Julai 2008
Masa : 12.43 tengahari
Tempat : Pejabat Sk Serting 3 (F)
Pembina Laman Web : Shazlina Ab. Aziz