Saturday, August 8, 2009

Dalam pra upsr Sekolah kebangsaan Serting 3(f) hanya mendapat 5A seramai 7 orang , ini terlalu jauh dari target untuk 30 orang 5A. Saya amat berharap semua warga SKST perlu bekerja kuat bagi pencapaian yang cemerlang 5A.

Disamping kita berusaha kuat kita juga berdoa kehadrat Ilahi agar target kita tercapai.

Thursday, June 11, 2009

SYARAT WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS DALAM SPM

Cadangan Menteri Pelajaran untuk mewajibkan lulus bahasa inggeris dalam SPM, perlu satu kajian yang teliti, cadangan ini memang baik bagi mempastikan bahasa inggeris dapat dipertingkatkan.
Tapi, bagi mempastikan kejayaannya pihak kementerian pelajaran mestilah dapat memenuhi setiap keperluan bagi sekolah-sekolah, terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar. Perkara-wajib yang kementerian pelajaran perlu penuhi adalah seperti yang tercatat di bawah:

1. Tenaga pengajar (guru bahasa inggeris) secukupnya, terutama sekali sekolah di luar bandar, untuk pengetahuan sekolah-sekolah di luar bandar tidak renah cukup guru-guru opsyen bahasa inggeris.

2. Penambahan peruntukan untuk matapelajaran bahasa inggeris bagi setiap sekolah, bagi kemudahan persediaan pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, February 19, 2009

SKST Calon Sekolah Cemerlang 2009

Tahun 2009 adalah merupakan tahun yang penuh cabaran bagi warga Sk Serting 3 (f) kerana dicalonkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk anugerah sekolah cemerlang.

Dengan penuh semangat kami warga SKST akan menyahut cabaran ini, dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan ini

Sunday, January 25, 2009

BN DAN UMNO TIDAK RELEVEN LAGI

Buatlah apa sahaja, rancanglah apa sahaja, rakyat Malaysia dah meluat menengok gelagat pemimpin BN, khususnya pemimpin dikalangan UMNO. Selama kini jelas pemimpin UMNO yang memegang kuasa terus belagak sombong kepada rakyat. Sikap pilih kasih dan mementingkan diri untuk mengumpul harta adalah amalan wakil rakyat UMNO. Bila dah menang jadi wakil rakyat, tiada lain yang difikirkan hanya untuk menambah harta dengan mengamalkan kerja-kerja rasuah dan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Wakil-wakil dikalangan UMNO lebih berlagak dengan kereta besar, rumah besar, dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat. Terutama sekali rakyat miskin yang hidup "kais pagi makan pagi kais petang makan petang."

Siap sedialah wahai pemimpin UMNO untuk duduk di kerusi pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang. Presiden UMNO akan jadi ketua pembangkang.... Insyaallah....!

Perubahan yang paling utama ialah perubahan sikap dan stail pemimpin UMNO dalam membantu rakyat, ahli sahaja berubah tidak akan memberi makna untuk BN dan UMNO terus menerajui Malaysia ini.

Sunday, January 18, 2009

SK. SERTING TIGA TAK CUKUP GURU BAHASA INGGERIS.

Tahun 2009 adalah tahun yang cukup mencabar bagi Sekolah Kebangsaan Serting 3 (f) kerana menghadapi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris. Buat masa ini hanya terdapat seorang sahaja guru yang mempunyai opsyen bahasa inggeris dan seorang yang di "convert" menjadi guru Bahasa inggeris.

Bagi pihak SKST amat berharap permohonan tambahan guru bahasa inggeris dapat dilaksanakan oleh JPNS sesegera mungkin, bagi peningkatan kecemerlangan SKST.

BN DAN UMNO KE ARAH KEHANCURAN

Jelas terbukti dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, BN dan UMNO sudah tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, khususnya orang melayu. Rakyat dah mula bosan dengan gelagat dan stail orang BN khususnya UMNO berkempen untuk satu-satu pilihanraya sama ada yang kecil atau umum, sama sahaja sejak 50 tahun yang lalu.

Semasa pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil berpusu-pusulah pemimpin umno datang, yang datang bukan untuk berkempen, tapi sekadar bersantai-santai megah dapat melancung dengan percuma. Dari setiap pelusuk UMNO Bahagian, ramai wakil yang dihantar, nak tolong konon, tapi realitinya mereka datang untuk mengabiskan cuti dan bersantai-santai mengabiskan duit rakyat. Itu kerja pemimpin UMNO bila pergi ke Kuala Terengganu, dan wanita yang pergi berbangga balik membawa tudung murah 5 sen sehelai.

Pemimpin BN dan UMNO melaungkan berbagai peruntukan di Kuala Terengganu, tapi yang dapat faedahnya ialah kroni-kroni dari kalangan kontraktor kelas F, rakyat akar umbi hanya menggigit jari sahaja. Banyak lagi kalau nak diceritakan yang segala-galanya menjurus kepada kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.

Wajarlah BN dan UMNO kalah dan terus kalah, kerana pemimpin BN dan UMNO yang bongkak dan sombong menghadapi rakyat akar umbi, datang dengan kereta besar, berpakaian mahal dan mewah, berlagak bahawa aku berkuasa.

Sedarlah wahai pemimpin BN dan UMNO, dudukmu di atas sana adalah kerana rakyat, berbaktilah kerana rakyat atau bersiap sedialah untuk duduk di kerusi pembangkang selepas pilihanraya umum akan datang, sebagaimana yang berlaku kepada menteri-menteri besar dan ketua menteri di lima buah negeri yang diteraju oleh PR sekarang.

Untuk BN dan UMNO terus releven, UMNO diperingkat akar umbi harus diperbaiki, pemimpin yang rasuah hendaklah di campakkan, wakil rakyat yang hanya mementingkan diri, dan haloba mestilah diingatkan selalu, dan yang penting sekali hapuskan puak-puak dalam UMNO. Hentikan sikap buli membuli sesama ahli parti selepas pemilihan baik di cawangan, bahagian mahu juga majlis tertinggi. Yang menang jangan pinggirkan yang kalah dan harus bersatu semula. Kekalahan di Parlimen Kuala Terengganu sebenarnya berpunca dari perpecahan ahli UMNO Bahagian Kuala Terengganu selepas Alahyarham Dato' Razali tewas dalam pertandingan merebut Naib Ketua dalam pemilihan UMNO Bahagian itu baru lalu.

hamid

Monday, December 15, 2008

Bekerjasama untuk kegemilangan

Kejayaan satu-satu organisasi tidak hanya bergantung daripada usaha seseorang, hal ini tidak terkecuali kepada kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Serting 3 (f) dalam menuju ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, semangat bekerja sebagai satu pasukan amat penting, setiap individu yang ada dan menjadi warga SKST mestilah memainkan peranan yang positif untuk kegemilangan. Kita sebagai warga SKST mesti sentiasa berkerja kuat dan bersemangat untuk meningkatkan kegemilangan sekolah, jangan ada dikalangan kita yang bersikap sambil lewa untuk menjayakan kegemilangan ini.

Kejayaan atau kegagalan dalam menuju kegemilangan adalah tanggungjawab kita bersama khususnya dalam pencapaian UPSR 2009 dan seterusnya, semua warga SKST perlu melibatkan diri tanpa dalih-dalih, kita tidak mau sikap 'oh bangau' berlaku di SKST.

SKST BOLEH ............................