Monday, December 15, 2008

Bekerjasama untuk kegemilangan

Kejayaan satu-satu organisasi tidak hanya bergantung daripada usaha seseorang, hal ini tidak terkecuali kepada kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Serting 3 (f) dalam menuju ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, semangat bekerja sebagai satu pasukan amat penting, setiap individu yang ada dan menjadi warga SKST mestilah memainkan peranan yang positif untuk kegemilangan. Kita sebagai warga SKST mesti sentiasa berkerja kuat dan bersemangat untuk meningkatkan kegemilangan sekolah, jangan ada dikalangan kita yang bersikap sambil lewa untuk menjayakan kegemilangan ini.

Kejayaan atau kegagalan dalam menuju kegemilangan adalah tanggungjawab kita bersama khususnya dalam pencapaian UPSR 2009 dan seterusnya, semua warga SKST perlu melibatkan diri tanpa dalih-dalih, kita tidak mau sikap 'oh bangau' berlaku di SKST.

SKST BOLEH ............................

Sunday, December 14, 2008

Pencapaian 5 A SKST

Sekolah Kebangsaan Serting 3 (f) terus mengekalkan prestasinya dalam pencapaian 5A bagi UPSR 2008. Keputusan UPSR 2008 yang baru di umumkan baru-baru lalu seramai 13 orang telah mendapat 5 A dan 9 orang mendapat 4A 1B.

Tahniah kepada semua guru dan warga Sekolah Kebangsaan Serting 3 di atas kejayaan ini dan amatlah diharapkan agar kegemilangan sekolah terus meningkat dari masa ke masa.

Wednesday, October 8, 2008

Melayu terus berpecah

Melayu terus berpecah, orang melayu masa kini telah hilang budayanya. Kalau dulu penuh dengan budi bahasa dan budaya, kini orang melayu telah mula melupainya. Hal ini berlaku di atas sikap pemimpin yang korap, gila kuasa, nafsu serakah yang bertuhankan syaitan dan iblis. Pemimpin melayu masa kini tidak peduli apa akan terjadi kepada bangsanya, yang penting dia terus berkuasa dan bergelar pemimpin. Orang melayu begitu mudah dijual beli tanpa memikirkan siapa jenis pemimpin yang mereka pilih, janji mereka dapat habuan.

Jika perkara ini berterusan, orang melayu akan hancur dan lebur, yang akan menjadi sejarah pada jenerasi akan datang. Orang melayu harus sedar, akan masa depan bangsa, jesteru itu dalam suasana memilih pemimpin tika ini, buatlah pertimbangan yang penuh dengan iman dan berfokuskan keyakinan diri, buat pilihan yang tepat, dan pilihlah pemimpin yang benar-benar berjiwa bangsa dan bersikap amanah yang telus akan tugas, yang hanya kerana Allah dan demi bangsa untuk berkhidmat. Hindarkan dari memilih pemimpin yang korap dan bernafsu serakah untuk kepentingan perut gendut peribadi.

Tahniah dan syabas kepada Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, dengan penuh ikhlas, bertanggungjawab dan sayangkan bangsanya tanpa memikirkan kepentingan peribadi, tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO, terus Perdana Menteri Malaysia, amat disanjung tinggi. Perlu dingat, apakah penggantinya dapat menyatupadukan bangsa melayu, dan membuat lebih baik dari beliau, kita tunggu dan lihat selepas mac 2009. Wallahualam..............

Thursday, August 14, 2008

UMNO KE ARAH KEHANCURAN

UMNO adalah satu parti melayu yang begitu lama menjadi juara di bumi Malaysia, satu-satunya parti yang lama sekali memrintah di muka bumi ini. Dari segi sejarahnya sejak Malaysia merdeka kira-kira 51 tahun yang lalu.

Namun, kini UMNO yang dianggap begitu keramat oleh ahli-ahlinya menuju ke arah kehancuran akibat dari perbuatan orang-orang UMNO sendiri, khususnya dikalangan pemimpinnya. Pemimpin UMNO terus bersikap sombong dan bongkak akan kekuasaan yang ada pada mereka. Segala-galanya boleh mereka beli dengan wang ringgit, bukan lagi semangat perjuangan memartabatkan bangsa melayu.

Dalam kerancakan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian, politik wang begitu berleluasa. Ahli-ahli parti disogok dengan wang bagi mendapatkan tempat dalam parti. Jesteru itu, di setiap peringkat UMNO sudah pasti diterajui oleh golongan pemimpin yang hanya mementingkan wang, bukan perjuangan.

Friday, July 18, 2008

Perubahan fikiran

Perubahan pemikiran amat penting dalam usaha mencapai satu-satu kejayaan. Kita wajar merubah fikiran kita ke arah yang lebih positif, menjana pemikiran hendaklah bersesuaian mengikut globalisasi.

Kejayaan dan kecemerlangan satu-satu organisasi amat memerlukan perubahan yang mendadak dalam pemikiran individu yang mendokong organisasi tersebut. Tindakan merubah pemikiran yang luar biasa perlu dilakukan demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Sekolah adalah satu organisasi penghasilan ilmu kepada setiap individu yang mendokongnya. Dalam menjana kecemerlangan sesebuah sekolah perubahan pemikiran luar biasa pentadbirannya, guru-gurunya, pelajar-pelajarnya, ibubapa, masyarakat perlu dilakukan semendadak mungkin, sebagai biasa murid belajar 5 hingga 6 jam sehari, gandaan belajar wajar 3 kali ganda dari kadar biasa. Begitu juga pendokong-pendokong yang lain, keluaran biasaan usaha perlu dilakukan, gandaan tugasan dan usaha perlu juga 3 kali dari kadar biasa.

Thursday, July 17, 2008

SMART

Dalam apa saja tugas dan pekerjaan yang kita buat, we must be "SMART". SMART dalam kita membuat perancangan, SMART dalam melaksanakan, SMART dalam penghasilannya. If we want to be SMART we must be;

S - Sanggup - sanggup buat apa sahaja demi mencapai kecemerlangan.

M - Menerima - menerima segala pandangan, nasihat, tunjukajar dan teguran dengan positif.

A - Amanah - amanah dalam kepercayaan yang diberikan.

R - Risiko - risiko yang dilalui dijadikan cabaran ke arah kecemerlangan.

T - Tanggungjawab - bertanggungjawab setiap apa yang dipertanggungkan.

Lima jenis anak zaman ini

Zaman ini ragam anak-anak amat berbeza daripada anak-anak zaman dulu, kalau diamat-amati ,anak-anak zaman sekarang terbahagi kepada lima jenis kategori dalam layanannya kepada ibu dan ayah, dalam hormatnya kepada ibu dan ayah.

Pertama - Anak Tekak
Adalah anak yang hanya mementingkan tekak dia sahaja, dia tidak langsung memikirkan kesusahan ibu dan ayahnya, dia tidak langsung ambil pusing makan minum ibu dan ayahnya, yang penting tekaknya puas, selera syaitannya serakah.

Kedua - Anak tangga
Adalah anak yang terus bergantung kepada ibu dan ayahnya, tidak langsung ingin berusaha mencari kepunyaan sendiri. segala-segalanya mengharapkan tanggungan ibu dan ayah.

Ketiga - Anak panah
Adalah anak yang telah keluar dari tanggungan ibu dan ayah, telah ada pencarian sendiri, telah ada kepunyaan sendiri, tidak langsung pandang belakang, langsung menghilang dan tidak mempedulikan apa yang berlaku kepada ibu dan ayahnya.

Keempat - Anakku Sazali
Adalah anak yang terlalu dimanjakan, dan boleh buat apa saja yang dia mahu, dan akhirnya hilang hormat serta kasih dan sayang kepada ibu dan bapa, setalah hajatnya tidak dapat dipenuhi.

Kelima - Anak pisang
Adalah anak yang sentiasa melindungi ibu dan ayahnya, sentiasa disisi ibu dan ayah dalam sebarang situasi. Walau ke mana saja dipindahkan ia tetap tidak akan berubah.


Renung-renungkan, dan jenis apakah anak-anak kita?